Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, 22 October 2011

Kem Jati Diri


Kem yang sangat mencabar minda dan kesabaran... Sepanjang mengendalikan kem bersama rakan-rakan inilah kem yang dirasakan paling panjang walupun selama 3 hari 2 malam....

Harapan semoga anak-anak generasi kini yang dikatakan 'Generasi Y' akan menjadikan negara kita terus aman dan tenteram buat selama-lamanya...

Friday, 21 October 2011

7C Sebab Suami Benci Isteri: Dr Fadillah


 

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. 
Renungkanlah..... 

Thursday, 20 October 2011

Idea , otak ,akal atau pemikiran..


Susah juga nak cari idea nak di muatkan dalam blog ni..... Puas di fikirkan apa nak di catat dari satu tajuk ke satu tajuk di fikirkan tapi semuanya setengah jalan.

Rupanya idea ini sangat unik ada masanya ia tak muncul-muncul tapi bila ia nak datang mencurah-curah... itulah istemewanya otak kita.. Idea merupaka pemikiran kita semasa berfikir... Boleh wujud dan ditafsirkan sebagai perwakilan gambar atau sesuatu objek.

Bila kita mula berfikir ia akan membentuk idea dan menghasilkan satu proses mencari makna serta mencapai keputusan yang wajar (John Barell ;1991).Proses ini bertujuan membina ilmu dan kefahaman yang secara langsung melibatkan aktiviti mental dalam otak kita.



Otak kita akan berperanan menghasilak pelbagai jenis pemikiran: PEMIKIRAN ASOSIATIF (yang tidak tepat dan tidak berarah), PEMIKIRAN BERPANDU(memahami masalah dan sedar objektif yang harus di capai), PEMIKIRAN KRITIS (kritikal dan analitikal), PEMIKIRAN PENAAKULAN (berasaskan sebab musabab), PEMIKIRAN INDUKTIF (memerhati, mengkaji dan mentafsir maklumat), PEMIKIRAN DEDUKTIF (yang khusus), PEMIKIRAN YANG KREATIF ( unik dan menghasilkan idea yang bernas).


Pemikiran ini di kelaskan kepada tiga bahagian utama iaitu otak kanak ,otak kiri dan otak kecil atau otak bawah sedar. Ia memiliki karakteristik dan tugas yang spesifik. Dianggarkan otak kita terdapat 30 miliar sel . Sel-sel ini membentuk jaringan dan berkerja sama antara satu sama lain yang disebut 'neuron'.   Otak Kanan lebih kepada sintesis, warna, rekaan, rentak, muzik. imej serta gambar. Manakala kiri pula menjurus kepada Analitikal, logik, susunan, matematik, bahsa, akta dan ingatan. Akhir-akhir ini dikatakan terdapat sistem otak tengah yang sangat berkuasa dan dapat mengimbangai kedua-dua bahgian otak tersebut...

image


Pelbagai andaian pernah dikemukakan anda yang mengatakkan ianya mampu me
ningkatkan kemapuan anak berfikir dan melihat tanpa pancaendera mata..... Adakah ini kedudukan otak tengah ...????

Bila difikirkan terlalu banyak persolan berhubung akal, fikiran, idea ... kenapa terdapay banyak perbezaan antara seseorang dengan seseorang yang lain? Antara jantina pun terdapat perbezaan akal... sehingga ada yang menyatakan Islam suka membezakan umatnya dengan menyatakan akal wanita pendek bebanding lelaki... Sejauh manakah kebenaran yang menyatakan lelaki memiliki 90% akal 10% emosi berbanding wanita yang hanya 10% akal dan selebihnya emosi...?






Inilah yang perlu diselidiki...

Monday, 17 October 2011

Protokol Majlis.....

Bila ada majlis je semua pihak sibuk buat persiapan terutama susun atur , tentatif program dan yang paling di utamakan ialah protokol..... Apa tu protokol????

Adakah satu-majlis itu tidak boleh berjalan ke, jika tidak mengikut protokol....

Mengikut istilah Protokol berasal dari perkataan Yunani (Greek) yang mencantumkan dua kata dasar iaitu protos yang bermasud 'pelekat' dan perkataan kolla yang bermaksud 'pelekat yang pertama' iaitu 'tanda taraf' atau 'status' yang membuktikan kesahihan undang-undang zaman Yunani.....

Tapi di Malaysia ia lain sikit maksudnya sebagai peraturan sama ada secara tersusun ataupun tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu diamalakan dalam agenda bermasyarakat.. (macam adat)...


Protokol ni penting kerana ia merangkumi beberapa tujuan antaranya:
1. kegunaan harian untuk individu
2. dalam hubungan masyarakat
3. dalam mengurus dan mengendalikan majlis
4. dalam hubungan antarabangsa.

Kalau dilihat secara teliti masyarakat melayu sukar di pisahkan dari protokol. Kebanykan majlis dan adat istiadat Melayu dimulakan dengan protokol.... contoh persembahan silat dimulakan dengan persembahan seni silat pembuka langkah, perkahwinan dimulakan dengan adat berinai,katam quran, berkompang .... yang disusun satu persatu atur caranya....

Amalan-amalan harian yang biasa kita lakukan juga merupakan satu amalan protokol seperti:

1.Cara memberi salam
2. Adab berbual
3. Amalan dalam sesuaut majlis
4. Adat di Istana atau tempat-tempat khas
5. berhubung dengan masyarakat luar dan sebagainya.

Ada kalanya kita tidak sedar kita mengamalkan protokol secara tidak langsung yang mudah disebut sebangai etika sosial. Etika sosial ialah peraturan tingkah laku yang betul dan diamalkan dalam perhubungan sosial atau amalan menyebut atau perbuatan yang betul pada tempat dan masanya. Ianya melibatkan:

1. Amalan tingkahlaku yang baik
2. Amalan budi pekerti yang baik
3. Imej sosial yang baik
4. Keyakina  diri dan gaya yang baik
5. Amalan yang diiktiraf
6. Adat yang diiktiraf
7. Tradisi yang diiktiraf



.....smbg......

20 Wasiat Nabi kepada Ali (waktu larangan berjimak/bersetubuh)


Sama -samalah kita fikirkan, bagi yang telah sah menjadi suami isteri.... mesti ada sebabnya kenapa ianya dilarang....
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Sunday, 16 October 2011

Fenomena halo


Adakah suasana bulan pada malam ini ada kaitan dengan fenomena halo? 


Fenomena halo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paparan halo kompleks pada matahari

Teori kewujudan holo dari sudut sains.
Fenomena halo (bahasa Greekἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi
Matahari atau Bulan.
Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.
 Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam
lingkungan dua kali seminggu.
Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena
ini berlaku antara  pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang,
6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais
dalam awan sirus sejuk yang terletak pada
ketinggian 5–10 km di lapisan troposferaatas.
Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan
sundogs(Parhelia).
Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan
dilambungi (sisi) oleh sundogs.
Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya.
Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari.
Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh
secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc)
akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau
habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis.
Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit.
Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul
mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada
dibiaskan oleh ais kristal.
Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari.
Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan,
bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari.
Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

Mengikut Angkasa Malaysia.....

Bulan penuh terkecil tahun 2011


















Peta langit menunjukkan bulan ketika muncul pada malam 11 Oktober 2011 ketika ianya

 adalah bulan penuh terkecil sepanjang tahun 2011. Planet Musytari yang berada berdekatan

 akan kelihatan bersinar terang. Imej: Starry Night Software.


Kebanyakkan orang biasa akan memberitahu kita bahawa objek astronomi pertama di langit
yang meraih perhatian mereka ialah fasa bulan yang sentiasa berubah-ubah. Banyak perhatian
telah diberikan kepada jiran terdekat Bumi di angkasa pada bulan Mac yang lalu apabila bulan
penuh berlaku ketika bulan menghampiri perigee (jarak di dalam orbit bulan yang paling dekat
dengan Bumi). Pada jarak 356, 575 kilometer dari Bumi, ianya mendapat gelaran sebagai
 “Supermoon”2011 disebabkan jaraknya yang luar biasa dengan Bumi. Tetapi pada malam 
Selasa (11 Oktober 2011), kita akan mempunyai peristiwa astronomi yang bertentangan dengan
 “Supermoon”.
Pada 0206 GMT (10.06 pagi waktu Malaysia) di mana bulan secara rasmi adalah bulan penuh, 
ia akan menjadi bulan penuh paling kecil sepanjang tahun 2011. Peta bulan untuk bulan penuh
paling kecil sepanjang tahun ini menunjukkan ia akan muncul pada malam selasa apabila ia
mencapai fasa penuh. Kurang 10 jam selepas bulan berada di dalam fasa bulan penuh pada 
Oktober 2011 pada 1200 GMT (8.00 malam waktu Malaysia),  bulan akan tiba pada titik 
apogee (jarak paling jauh antara Bulan dan Bumi) iaitu pada jarak 406,434 kilometer.
Ianya hanya kurang 248 kilometer dari titik paling jauh yang boleh dicapai antara Bumi dan Bulan. 

Bulan penuh yang lemah








Perbezaan saiz bulan ketika di dalam kedudukan perigee 

(jarak paling dekat dengan Bumi) dan 

Apogee  (jarak paling jauh dengan Bumi).

Melihat bulan pada malam Selasa mungkin akan mengejutkan anda disebabkan saiz 
cakeranya yang kecil, walaupun ianya  berhampiran ufuk (sepatutnya kelihatan lebih 
besar disebabkan kesan “ilusi bulan). Pada Mac lalu, bulan penuh berlaku di perigee 
dan media melaporkan ianya kelihatan sangat besar selepas ia muncul dari atas ufuk 
Timur. Tetapi pada Selasa, bulan akan berada di apogee, dimana bulan adalah paling 
kecil sepanjang tahun 2011. Ianya akan muncul 12.3 peratus lebih kecil daripada 
Supermoon pada Mac 2011. Disebabkan ia hampir dengan jarak maksimum dengan
Bumi apabila bulan penuh, bulan juga akan melakukan perjalanan yang agak perlahan-
lahan di dalam orbitnya. Kedua –dua kesan ini akan bergabung menjadikan 
pergerakkannya seolah menentang bintang-bintang latarbelakang terutama yang kecil 
dari malam ke malam.Akibatnya, pemerhati langit seolah-olah akan melihat bulan penuh
 bukan untuk satu malam tetapi selama tiga malam berturut –turut iaitu Isnin, Selasa dan 
Rabu. Kecacatan pencahayaan pada cakera bulan atau bahagian gelap di tepi cakera 
bulan adalah sangat sedikit pada Isnin dan Rabu malam. Dua minggu selepas kita 
mengalami bulan terkecil pada tahun 2011, bulan baru pada 26 Oktober 2011 
akan bertepatan dengan PERIGEE. Anda tidak akan dapat melihat Bolin kerana ia 
berdekatan dengan Matahari di langit. Tetapi pasang surut air laut akan lebih melampau 
untuk beberapa hari disebabkan kedudukan Matahari , Bumi dan Bulan yang segaris 
ditambah dengan Bulan yang akan berada pada titik paling dekat dengan Bumi.  


Galeri

TERBANG JALAN JALAN

Followers