Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday 21 October 2011

7C Sebab Suami Benci Isteri: Dr Fadillah


 

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. 
Renungkanlah..... 

2 comments:

  1. Amboi...7C menjadi penyebab suami benci isteri....tapi menarik perhatian saya.

    1)C1(Cabar)~ Suami pun harus tahu isteri jua punya ego, isteri tidak akan mencabar si suami jika tidak bersebab.Mungkin yang silap ialah ayat cabaran itu sendiri...

    2)C2(Cabul)~ Saya setuju...tapi sebagai suami anda juga memainkan peranan...sesibuk mana anda dengan urusan kerja,luangkan masa untuk isteri/keluarga kerana tahukah anda bahawa isteri itu sifatnya sentiasa inginkan perhatian/dimanja...Dan untuk para suami, isteri anda pun tidak suka jika anda bergaul bebas dengan wanita yang mukan muhrim...

    3)C3(Celupar)~ Betul3...anda sangat betul...jika suami tidak suka, isteri pun tidak suka kalau suami bermulut celupar...

    4)C4(Comot)~ Yup...sifat manusia itu sukakan keindahan/kecantikan...jika suami inginkan isteri sentiasa kelihatan comel, suami pun kenalah comel2 juga di rumah..suami jangan la lokek anta isteri buat facial,belikan alat2 solek...

    5)C5(Cemburu)~ Cemburu tanda sayang kan?...tapi kalau sms/call every 5mins tu bukan kategori cemburu tapi mental...si suami pun jangan sesekali menimbulkan bibit2 cemburu di hati isteri...isteri pun tak suka/rimas jika suami bersikap cemburu...

    6)C6(Cerewet)~ Cerewet ni ada baiknya juga.Cth:isteri cerewet memilih tempat makan sbb klu tempat kotor takkan nak masuk?mendatangkn mudharat pada keluarga..suami kena faham bahawa pemikiran seorang wanita bernama isteri itu sangat complex...

    7)C7(Cincai)~ Wahai suami...jika isteri anda juga bekerja,fahamilah jiwa isteri especially klu isteri anda itu bekerja yang memerlukan dia berfikir dan berorientasikan problem solution..jika suami rasa isteri tidak mampu menguruskan kerja rumah dengan sempurna, kenapa tidak suami mengambil pembantu rumah? selesai masalah kan...

    *Keharmonian rumah tangga terletak di tangan kita bersama...suami & isteri perlu saling memahami, bantu membantu dan menyokong antara satu sama lain...jika ada yang silap duduk berbincang dan jangan salahkan hanya satu pihak...beralah tak bererti kalah...

    ReplyDelete
  2. Puteri salju memulakan langkah ke lembah neraka. Tidak sesuai perempuan seperti puteri salju untuk dijadikan isteri.

    ReplyDelete

TERBANG JALAN JALAN