Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday 17 October 2011

Protokol Majlis.....

Bila ada majlis je semua pihak sibuk buat persiapan terutama susun atur , tentatif program dan yang paling di utamakan ialah protokol..... Apa tu protokol????

Adakah satu-majlis itu tidak boleh berjalan ke, jika tidak mengikut protokol....

Mengikut istilah Protokol berasal dari perkataan Yunani (Greek) yang mencantumkan dua kata dasar iaitu protos yang bermasud 'pelekat' dan perkataan kolla yang bermaksud 'pelekat yang pertama' iaitu 'tanda taraf' atau 'status' yang membuktikan kesahihan undang-undang zaman Yunani.....

Tapi di Malaysia ia lain sikit maksudnya sebagai peraturan sama ada secara tersusun ataupun tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu diamalakan dalam agenda bermasyarakat.. (macam adat)...


Protokol ni penting kerana ia merangkumi beberapa tujuan antaranya:
1. kegunaan harian untuk individu
2. dalam hubungan masyarakat
3. dalam mengurus dan mengendalikan majlis
4. dalam hubungan antarabangsa.

Kalau dilihat secara teliti masyarakat melayu sukar di pisahkan dari protokol. Kebanykan majlis dan adat istiadat Melayu dimulakan dengan protokol.... contoh persembahan silat dimulakan dengan persembahan seni silat pembuka langkah, perkahwinan dimulakan dengan adat berinai,katam quran, berkompang .... yang disusun satu persatu atur caranya....

Amalan-amalan harian yang biasa kita lakukan juga merupakan satu amalan protokol seperti:

1.Cara memberi salam
2. Adab berbual
3. Amalan dalam sesuaut majlis
4. Adat di Istana atau tempat-tempat khas
5. berhubung dengan masyarakat luar dan sebagainya.

Ada kalanya kita tidak sedar kita mengamalkan protokol secara tidak langsung yang mudah disebut sebangai etika sosial. Etika sosial ialah peraturan tingkah laku yang betul dan diamalkan dalam perhubungan sosial atau amalan menyebut atau perbuatan yang betul pada tempat dan masanya. Ianya melibatkan:

1. Amalan tingkahlaku yang baik
2. Amalan budi pekerti yang baik
3. Imej sosial yang baik
4. Keyakina  diri dan gaya yang baik
5. Amalan yang diiktiraf
6. Adat yang diiktiraf
7. Tradisi yang diiktiraf



.....smbg......

No comments:

Post a Comment

TERBANG JALAN JALAN