Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, 16 October 2011

Fenomena halo


Adakah suasana bulan pada malam ini ada kaitan dengan fenomena halo? 


Fenomena halo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paparan halo kompleks pada matahari

Teori kewujudan holo dari sudut sains.
Fenomena halo (bahasa Greekἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi
Matahari atau Bulan.
Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.
 Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam
lingkungan dua kali seminggu.
Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena
ini berlaku antara  pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang,
6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais
dalam awan sirus sejuk yang terletak pada
ketinggian 5–10 km di lapisan troposferaatas.
Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan
sundogs(Parhelia).
Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan
dilambungi (sisi) oleh sundogs.
Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya.
Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari.
Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh
secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc)
akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau
habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis.
Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit.
Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul
mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada
dibiaskan oleh ais kristal.
Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari.
Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan,
bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari.
Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

Mengikut Angkasa Malaysia.....

Bulan penuh terkecil tahun 2011


















Peta langit menunjukkan bulan ketika muncul pada malam 11 Oktober 2011 ketika ianya

 adalah bulan penuh terkecil sepanjang tahun 2011. Planet Musytari yang berada berdekatan

 akan kelihatan bersinar terang. Imej: Starry Night Software.


Kebanyakkan orang biasa akan memberitahu kita bahawa objek astronomi pertama di langit
yang meraih perhatian mereka ialah fasa bulan yang sentiasa berubah-ubah. Banyak perhatian
telah diberikan kepada jiran terdekat Bumi di angkasa pada bulan Mac yang lalu apabila bulan
penuh berlaku ketika bulan menghampiri perigee (jarak di dalam orbit bulan yang paling dekat
dengan Bumi). Pada jarak 356, 575 kilometer dari Bumi, ianya mendapat gelaran sebagai
 “Supermoon”2011 disebabkan jaraknya yang luar biasa dengan Bumi. Tetapi pada malam 
Selasa (11 Oktober 2011), kita akan mempunyai peristiwa astronomi yang bertentangan dengan
 “Supermoon”.
Pada 0206 GMT (10.06 pagi waktu Malaysia) di mana bulan secara rasmi adalah bulan penuh, 
ia akan menjadi bulan penuh paling kecil sepanjang tahun 2011. Peta bulan untuk bulan penuh
paling kecil sepanjang tahun ini menunjukkan ia akan muncul pada malam selasa apabila ia
mencapai fasa penuh. Kurang 10 jam selepas bulan berada di dalam fasa bulan penuh pada 
Oktober 2011 pada 1200 GMT (8.00 malam waktu Malaysia),  bulan akan tiba pada titik 
apogee (jarak paling jauh antara Bulan dan Bumi) iaitu pada jarak 406,434 kilometer.
Ianya hanya kurang 248 kilometer dari titik paling jauh yang boleh dicapai antara Bumi dan Bulan. 

Bulan penuh yang lemah








Perbezaan saiz bulan ketika di dalam kedudukan perigee 

(jarak paling dekat dengan Bumi) dan 

Apogee  (jarak paling jauh dengan Bumi).

Melihat bulan pada malam Selasa mungkin akan mengejutkan anda disebabkan saiz 
cakeranya yang kecil, walaupun ianya  berhampiran ufuk (sepatutnya kelihatan lebih 
besar disebabkan kesan “ilusi bulan). Pada Mac lalu, bulan penuh berlaku di perigee 
dan media melaporkan ianya kelihatan sangat besar selepas ia muncul dari atas ufuk 
Timur. Tetapi pada Selasa, bulan akan berada di apogee, dimana bulan adalah paling 
kecil sepanjang tahun 2011. Ianya akan muncul 12.3 peratus lebih kecil daripada 
Supermoon pada Mac 2011. Disebabkan ia hampir dengan jarak maksimum dengan
Bumi apabila bulan penuh, bulan juga akan melakukan perjalanan yang agak perlahan-
lahan di dalam orbitnya. Kedua –dua kesan ini akan bergabung menjadikan 
pergerakkannya seolah menentang bintang-bintang latarbelakang terutama yang kecil 
dari malam ke malam.Akibatnya, pemerhati langit seolah-olah akan melihat bulan penuh
 bukan untuk satu malam tetapi selama tiga malam berturut –turut iaitu Isnin, Selasa dan 
Rabu. Kecacatan pencahayaan pada cakera bulan atau bahagian gelap di tepi cakera 
bulan adalah sangat sedikit pada Isnin dan Rabu malam. Dua minggu selepas kita 
mengalami bulan terkecil pada tahun 2011, bulan baru pada 26 Oktober 2011 
akan bertepatan dengan PERIGEE. Anda tidak akan dapat melihat Bolin kerana ia 
berdekatan dengan Matahari di langit. Tetapi pasang surut air laut akan lebih melampau 
untuk beberapa hari disebabkan kedudukan Matahari , Bumi dan Bulan yang segaris 
ditambah dengan Bulan yang akan berada pada titik paling dekat dengan Bumi.  


Galeri

4 comments:

  1. betulka jika bulan penuh"supemoon" boleh mempengaruhi minda kita juga pada masa itu..?

    ReplyDelete
  2. really? kalau betul bagaimana? any theory/explanation for that?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Mengikut pertua orang lama ada benarnya kerana pada bulan penuh dilarang bersama isteri. Selaras dengan atikel 20 waktu larangan bersama isteri...

    ReplyDelete

TERBANG JALAN JALAN

Followers