Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday 7 January 2014

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING :

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING : 


PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


FUNGSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH

Membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah,

kepimpinan, kokurikulum dan  pembangunan diri murid  yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani

dan Intelek selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 


1.  Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling  di  sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan  Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian 

keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan  murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid. 

3.   Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.

4.    Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling  kepada semua pelajar  melalui sebarang media yang sesuai.

5.  Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Kelompok  dan tunjuk ajar 

(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6.   Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7.   Merancang, melaksana, dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.

8.    Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti selepas peperiksaan UPSR/ PMR/ SPM/ STPM.

9.  Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti  pendidikan pencegahan  dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10.  Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang  pendidikan selepas UPSR/ PMR/  SPM/ STPM.

11.  Merancang, melaksana, mengawal selia  dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12.  Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar 

13.  Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan di sekolah. 

14.  Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

15.  Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

16.  Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17.  Mengenal pasti  dan merujuk murid, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan  

perkhidmatan kaunseling krisis.

18.  Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19.  Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20.  Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah (Tambahan Lembaga Disiplin Sekolah)

21.  Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22.  Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem  jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23.   Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah. 

24.  Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri. 

25.   Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.


TERBANG JALAN JALAN