Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday 26 August 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SBP KRK SMKA 2015

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) SMKA, KRK DAN KAA 2016 akan di buka bermula


1 September 2015 sehingga 30 September 2015.


bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan terus boleh menekan link di bawah:

public.moe.gov.my


Monday 19 August 2013

Teknik Ingatan Efektif

12 Teknik Mengingat:

1. Hafal Isi Yang DiBaca
     @ sebut semula apa yang telah dihafal dengan suara yang jelas dan dapat didengar oleh telinga sendiri
     @ ada kalanya gunakan cermin cakap depan cermin.

2. Tentukan Perkara Yang Perlu Diingat (ISI PENTING)
     @ Ingat perkara penting dahulu,  abaikan perkataan penyedap ayat.
     @ Gunakan bahasa atau singkatan yang kamu suka
3. Isi Disusun dengan Betul
     @ Isi di susun mengikut keutamaan supaya lebih teratur terutama yang melibatkan susunan atau aturan.
     @ Ringkasan aturan isi tersebut dengan grafik atau warna atau nombor

4. Uji Kemampuan Ingatan Anda
      @ Jadikan diri sendiri guru dan murid
      @ Soal diri sendiri dan cuba jawab... berjaya jawab bererti anda faham

5. Lakukan Ulangkaji sekerap Mungkin
      @ bacalah selagi mampu
      @ buat sesuatu yang sama berulang-ulang sehingga anda boleh kata "ini aku dah tahu dah, senang aje.."

6. Cuba Ingat Semula Apa yang Telah dibaca
      @ Ada masa cua ingat apa yang anda telah hafal
      @ biasanya baca sebelum tidur dan ingat kemudia sebaik bangun tidur ingat semula

7. Gunakan Kaedah AKROSTIK (Kepala Huruf)
       @ Gantikan perkatan sebenar dengan perkataan yang berhampiran dan anda suka
       @ Contoh ukuran KM, M, CM, dan MM anada tukar kepada Kamariah Makan Cacing Merah Muntah-muntah... ( Buatlah apa pun asalkan anda faham dan untuk diri sendiri)

8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
      @ Jadikan benada yang nak dihafal dalam bentuk cerita atau perkataan menarik seakan-akan bunyinya.
      @ contoh nak hafal urutan lidah : " Tak Makan Nasi Sejuk" ambil hujung perkataan Tak- PahiT, Makan- MasaM, Nasi- MasiN dan Sejuk- ManiS

9. Kaedah Pembahagian Nombor / Kata
       @ Jika bahagian yang nak dihafal panjang potong-potong
       @ Contonya 0197634509   Jika nak hafal sekali gus agak sukar gunakan 3,3,2,2 ( 019  763 45 09)                 atau apa apa kaedah yang anda rasa mudah 334 ( 019 763 4509) ikut kesesuaian individu.
       @ contoh lain nak hafal rakaat solat gunakan 24434 ( No Mintak Pertolongan Allah)

10.Penggunaan Sistem IRAMA - Lagu, Nasyid, ....
      @ Jadikan benada yang nak dihafal dalam bentuk lagu  biasanya lagu mudah dihafal.
      @ contohnya lagu nama-nama nabi, Asma Ul-Husnah, dsb


11. Sistem Gambar
        @ Gunakan gambar bagi menggantikan perkataan.
        @ Gambar mudah Di hafal dalam fikiran berbanding perkataan. Cuba catat 10 barang dalam perkataan              dan hafal pasti sukat tetapi cuba gantikan perkataan itu dgn gambar ... ha kan lebih mudah tu.

12.Kaedah AKRONIM (huruf di jadikan perkataan lain)
        @ Hampir sama dengan kaedah AKROSTIK  bezanya jadikan perkara yang nak dihafal kepada perkataan yang mudah
        @ Contoh nak hafal bahagian Ikan:
             Mulut , Ekor, Sisik, Ingsang Mata, Sirif Pelvik dan Sirip Dorsal - MESIM PD


TERBANG JALAN JALAN