Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday 30 July 2012

RAWATAN TERAPI LARVA




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat:

فَقَالُوْا: "يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى؟" قَالَ: "تَدَاوَوْا، عِبَادَ اللهِ! فَإِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً. إِلاَّ الْهَرَمَ".
 رواه ابن ماجه

Maksudnya:
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat (penyakit kami)?” Rasulullah bersabda, “Dapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah! Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersama-samanya penawar, melainkan penyakit tua”. (Riwayat Ibn Majah)

Penegasan ini juga adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menyebutkan bahawa : “Kemudaratan perlu dihilangkan” (الضرر يزال).

Muzakarah berpandangan bahawa asal sesuatu haiwan itu adalah suci melainkan babi dan anjing yang jelas hukumnya najis. Pandangan ini adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menetapkan bahawa:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةِ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ
Maksudnya: “Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan perempuan) adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakannya sebagai haram.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum bagi bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah adalah suci. Ini bermakna, sekiranya larva yang digunakan semasa proses rawatan tersebut mati, maka hukumnya adalah suci kerana komponen tubuh larva itu sendiri tidak mengandungi darah. Justeru, ia tidak menjejaskan kesucian ibadah seseorang pesakit yang menjalani Rawatan Terapi Larva tersebut.

Sehubungan itu, selaras dengan ketetapan-ketetapan tersebut Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) bagi pesakit luka kronik adalah harus dan ibadah yang dilakukan oleh pesakit terutamanya solat ketika menjalani rawatan terapi ini adalah sah.

Muzakarah juga memutuskan bahawa pesakit luka kronik yang menjalani rawatan ini dibolehkan bertayammum untuk mengangkat hadas besar atau hadas kecil bagi mengelakkan mudarat apabila terkena air pada anggota yang sakit. Sebagai panduan melaksanakan ibadah, pesakit boleh merujuk kepada Panduan Tayammum, Wuduk dan Solat Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Saturday 28 July 2012

HUKUM MEMINUM KOPI LUWAK (MUSANG)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Sunday 22 July 2012

Perilaku Mulia

Selamat Berpuasa  kepada semua umat Islam.

Dalam mengerjakan ibadah puasa ini banyak perkara kebaikan yang kita lakukan yang ada kalanya jarang kita lakukan dalam bulan-bulan lain seperti membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi.

     Terdapat beberapa perilaku yang boleh kita mulakan dalam bulan mulia ini semoga menjadi amalan kita bukan sahaja dalam bulan Ramaddhan tetapi sepanjang hanyat. Antara perliku yang baik kita lakukan ialah

1) Banyak-banyak bersedekah sebagaimana firman Allah dalam surah Muhammad , ayat 38:
 "Ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada anatara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadan seperti kamu."

2) Elakan diri dari MARAH. Ada sesetengah pandangan orang menyatakan marah itu adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. Ia juga boleh mengakibatkan penyakit seperti penyakit hati,risiko menghidap darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, skit jantung dan banyak lagi. Cuba kita lihat perubahan diri kita semsa marah kita akan menggeletar (terutama di tanggan), wajah menjadi merah dan jantung berdegup dengan laju (kencang).

3) REHAT secukupnya. Bukan menjadikan alasan bulan puasa letih menyebabkan kita rehat Secukup-cukupnya tanpa membuat sebarang pekerjaan. Ini kerana rehat yang berlebihan boleh melemahkan jasmani dan fizikal kita.Dari aspek sains apabila kita terlalu banyak rehat nutrien dalam makanan tidak dapat diserap dengan baik, darah juga megalir dengan pelahan. Kesanya membawa kepada terkumpulanya lemak dan boleh membawa kepada gangguan jantung. Oleh itu nabi ada mengajar kita doa , "Allahumma inni a'udzubika minal hamni wal hazan,..."  yang bermaksud:
 "Ya, Allah, aku berlindung padamu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung daripada kelemahan dan kemalasan.Aku berlindung padamu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padamu daripada terlilit hutang dan tekanan orang zalim."

4)  SABAR... jadikan diri kita termasuk golongan yang sabar kerana ia adalah kekuatan rohaniah.Bersyukur jika mendapat rahmat dan bersabar jika ditimpa musibah... Orang yang sabar akan sentiasa hidup dalam kegembiraan dan ketenangan kerana segala usaha adalah ketentuan Allah jika baik kita bersyukur dan sebaliknya kita ikhlas dan berbaik sangka kerana disebalik kesusahan pasti ada hikmah disebaliknya.

5)  Jangan lupa basuh tangan semasa menjamu selera kerana Nabi ada ajar kita membasuh tangan sebelum makan. Ini kerana tangan kita sering menyentuh pelbagia bjek yang kemungkinan terdapat pencemaran dan kuman. Kuma juga ada pelbagai jenis dan ada sesetenghnya sangat sukar di basmi jika telah masuk kedalam perut.Ikutilah langkah-langkah berikut:
                    i.   Cuci tangan sebelum makan
                   ii.   Baca Bismillah.... doa makan
                  iii.   Makan secukupnya
                  iv.   Berhenti makan sebelum kenyang
                   v.  Tidak membazir. " Sesungguhnya orang yang pemboros itu sekutu syaitan"

6)  Janagn mudah iri hati dengan kesenangan orang lain. Ini kerana jika kita terlalu iri hati kepada orang lain ia boleh membawa keburukan seperti penyakit. Puncanya mudah sahaja apabila wujud perasan dengki menyebabkan hormon kortisol dan adrenalin terhasil. Di sini lah permulaan pertambahan glukos.. (gula dalam darah) bilah dah banyak sangat macam -macam penayakit boleg berlaku seperti buah pinggang, ulser,kencing manis, darah tinggi dan sebaginya. Ini jelas sebagaiman Sabda nabi  yang diriwayatkan oleh Bukhari "Sifat iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam."

7) Hati bila dah rosak susah nak ubat ( Penyakit Hati) kerana ia boleh mengubah perilaku dan perangai sesorang. Ada beberapa faktor yang menyebabkan penyakit hati antaranya gemar melakukan maksiat, gemar berfoya-foya dan mencintai dunia secara berlebihan.
Ini dikukuhkan di dalam al-Quran  surah Al-Imran, ayat 14 " .. enam perkara yang dicintai manusia hingga mereka lupa harga dirinya adalah wanita, anak, perhisan, kuda atau kenderaan, ternakan ataupun pelaburan dan ladang atau perniagaan."

TERBANG JALAN JALAN