Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday 26 May 2012


Tulang Belakang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
 
Rajah vertebra toraks.

Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang yang terdapat pada semua vertebrat.
Biasanya terdapat tiga puluh tiga (33) ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, termasuk lima yang bergabung bagi membentuk sakrum (yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan empat tulang koksiks yang membentuk tulang ekor. Tiga kawasan atas terdiri dari baki 24, dan dikelompok di bawah nama serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra), menurut kawasan didudukinya.
Jumlah ini kadang kala bertambah dengan tambahan vertebra dari satu kawasan, atau ia berkurangan dalam satu kawasan, kekurangan ini sering kali ditambah oleh pengelasan tambahan vertebra kepada kumpulan lain. Jumlah vertebra serviks bagaimanapun, amat jarang bertambah atau berkurangan.
Dengan pengecualian serviks pertama dan kedua, vertebra sebenar atau boleh ubah (tiga bahagian teratas) mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama yang paling mudah dikaji dengan memeriksa vertebra dari bahagian tengah toraks.




Apa yang kita tahu tulang belakang merupakan bahagian yang sangat penting dalam sisitem fizikal kita.
sungguh teratur dan cantik ciptaan Allah....


Perubahan yang sedikit boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita.....











Kesakitan dan tidak selesa untuk pergerakan....



          Menurut Dr. Gopinathan, rasa sakit sebenarnya bergantung kepada daya ketahanan diri individu terhadap kecederaan atau luka. Sesetengah indivuidu terlalu takut hingga menambah rasa kesakitan.
Jelasnya, dalam kes seperti itu hanya menerusi rawatan, ubat-ubatan dan nasihat yang berkaitan dapat memulihkan keadaan pesakit. Justeru, setiap individu perlu pandai menguruskan kesakitan agar cepat pulih atau bertemu dengan doktor untuk mempelajari kaedah menguruskan rasa sakit. Biasanya, kata Dr. Gopinathan kesan kesakitan yang dapat dilihat dengan mata kasar dikategorikan sebagai ringan.
”Penyakit ringan ini dijangka boleh sembuh dalam tempoh tiga bulan,” katanya.
          Bagaimanapun katanya, sakit yang melibatkan urat saraf seperti sakit tengkuk, sakit belakang, sakit pinggang yang dihadapi hampir kebanyakan orang dewasa pula dikategorikan sebagai penyakit yang tidak boleh dilihat dengan jelas.Kesakitan seperti itu biasanya kata beliau, akan melalui tempoh yang agak lama untuk dipulihkan.

Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tetaplah kamu dengan Al-habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam(maut). (Riwayat Bukhari dan Muslim)......

TERBANG JALAN JALAN