Saya....

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, 9 September 2012

Panduan Akhir Peperiksaan

Peperiksaan semakin hampir. Ramai yang tertanya-tanya apa nak buat? 
Banyak yang belum di lakukan.... 
Gunakan saat-saat hampir menjelang peperiksaan untuk membuat persediaan terakhir seperti:

  1. Jika ada bahagian yang masih belum di fahami, meminta bantuan guru bagi 
             memperkukuhkan pemahaman dan penglihatan anda mengenai sesuatu perkara 
             yang tidak difahami.
        2.  Cuba buat soalan-soalan ramalan yang mungkin timbul secara am. Ingat jangan 
             terlalu yakin dengan soalan ramalan cuba juga soalan-soalan lain.
        3.  Senaraikan  perkara-perkara mengikut keutamaan dan berikan fokus kepada 
             bahagian itu serta cuba memahaminya dengan lebih jelas lagi.
        4.  Dapatkan soalan-soalan lepas dan dapatkan juga jawapan yang terbaik dari 
              contoh atau guru . Kemudian buat ulangkaji serta cuba jawab soalan tersebut 
              berulang-ulang sehingga faham kaedahnya dan menjawab dengan baik.
        5.  Buat perbincangan bersama rakan-rakan bagi menangani masalah yang belum 
             dapat diselesaikan dan dapatkan pertolongan mereka jika anda belum bersedia.
        6.  Semak jadual peperiksaan dan buat satu jadual terakhir untuk mengulangkaji secara 
             ringkas dan padat.
        7.  Biasakan merujuk kembali nota-nota ringkas, gambarajah-gambarajah penting dan 
             ingat fakta-fakta utama. Lakukan dimana-mana ada kelapangan dan biasakan 
             melalukan semasa masuk tidur dan bagun tidur kerana waktu itu otak lebih tenang.
        8.  Jaga Kesihatan terutama dalam minggu-minggu terakhir. Tidur dan rehat yang 
             cukup serta makan makanan yang seimbang.
        9.  Sentiasa perihatin dengan perkembangan dan taklimat peperiksaan supaya 
             sentiasa bersedia. Ini akan menambah tumpuan kepada persediaan menghadapi 
             perperiksaan anda.


Walau apa yang kita laukan ianya hendaklah bermual dengan hati yang bersih dan belajar  
perlulah dengan kerelaan hati tetapi bukan kerana terpaksa. Belajar kerana terpaksa tidak 
dapat membantu anda belajar dengan sempurna dan boleh membuatkan anda gugup dalam 
peperiksaan nanti. Yakin akan kebolehan diri. Tanamkan dalam diri “saya boleh” dan tulis 
dengan besar dan terang di atas sekeping kad dan letak di hadapan anda (tempat anda belajar).
Untuk mencapai semua ini mulakan dengan Doa dan jangan lupa sembahayang supaya 
apa yang di rancang dan dihajati sentiasa mendapat rahmat dan keberkahan Allah.


TERBANG JALAN JALAN

Followers